- Seminar Keselamatan & Jaminan Maklumat (ISAS ‘13) merupakan salah satu usaha untuk merealisasikan matlamat keempat penubuhan USIM iaitu ‘Meneroka dan Mengembalikan Tradisi Keilmuan Islam Yang Terbilang Sesuai Dengan Persekitarandan Teknologi Terkini’.
- Seminar ini dianjurkan dengan harapan agar perkongsian ilmu berkaitan dengan bidang keselamatan dan teknologi maklumat dapat dicapai melalui sesi pembentangan kertas kerja yang diadakan sekaligus mengambil manfaat daripada ilmu tersebut.
- Seminar ISAS’13 dianjurkan oleh Pelajar Tahun Tiga, Program Sains Komputer (Keselamatan & Jaminan Maklumat), Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) secara tahunan.