1.0
Latar Belakang
1.1 Seminar Keselamatan & Jaminan
Maklumat (IS@S ‘13) merupakan salah satu usaha untuk merealisasikan matlamat keempat penubuhan
USIM iaitu ‘Meneroka dan Mengembalikan
Tradisi Keilmuan Islam Yang Terbilang Sesuai Dengan Persekitarandan Teknologi Terkini’.
1.2 Seminar ini dianjurkan dengan harapan agar perkongsian ilmu berkaitan dengan bidang
keselamatan dan teknologi maklumat dapat dicapai melalui sesi pembentangan
kertas kerja yang diadakan sekaligus mengambil manfaat daripada ilmu tersebut.
1.3 Seminar
IS@S’13 dianjurkan oleh Pelajar Tahun Tiga, Program Sains Komputer (Keselamatan
& Jaminan Maklumat), Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM) secara tahunan.
2.0
Tujuan persidangan diadakan
Seminar Keselamatan Dan Jaminan Maklumat atau dikenali sebagai
“Information Security and Assurance Seminar” atau IS@S merupakan aktiviti
tahunan bagi program Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Dan Jaminan
Maklumat). Seminar ini bertindak sebagai forum untuk membincangkan isu-isu
semasa berkaitan keselamatan dan jaminan maklumat dalam bidang sains computer
dan teknologi maklumat disamping intuk memperkenalkan USIM kepada
universiti-universiti lain.